Slot permohonan ekspress akan datang:
7 - 13 July 2025


1 Blok Mampu Milik dibawah subsidi program Mampu Milik , di sebahagian Astrum Ampang
Residensi Astrum Ampang (Tower A) adalah 1 dari 6 blok kediaman yang dibina dalam Astrum Ampang. Blok ini khas dibawah program Lembaga Perumahan Hartanah Selangor, bakal siap pada penghujung tahun 2026. Unit tawaran adalah minimalis agar pemohon dapat mengawal kos bulanan & sara hidup.
Secara menyeluruh, Astrum Ampang merangkumi pembangunan bercampur yang terdiri daripada kediaman SoHo Studio, SoHo Duplex, dan Pangsapuri Servis, serta pusat komersial. Pemenang Anugerah Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) ini terletak secara strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, dan kira-kira 150 meter sahaja ke LRT Jelatek (aliran Kelana Jaya).
Terletak di kawasan kejiranan yang mapan dan matang di Jalan Jelatek dan Jalan Ampang, pembangunan ini menyediakan akses mudah ke pengangkutan rail serta pelbagai lebuh raya utama seperti AKLEH, MRR2, DUKE, Jalan Ampang, dan lain-lain.
Bagi golongan bujang yang bekerja di pusat bandar mahupun sepanjang aliran LRT, pembangunan ini memenuhi keperluan generasi muda dengan pelbagai jenis kemudahan.
Pemohon kini berpeluang memiliki unit kediaman di lokasi yang strategik pada harga kawalan, sesuai sebagai aset pegangan masa depan yang sangat berfungsi.
Status dalam Pembinaan, siap 2026.
Hanya 150 meter berjalan kaki ke stesen & berjejantas.
KLCC: 4 stesen
KL Sentral: 9 stesen
Nikmati 62 jenis fasiliti penduduk, termasuk sekuriti teknologi pintar
Berada dalam radius KLCC (3.2km), di dalam zon kediaman yang serba lengkap dengan prasarana & kemudahan.
Serendah Rm250k termasuk 1 parkir khas. Harga terkawal, dibawah nilai pasaran.
Selain kemudahan LRT berhampiran, Anda akan menikmati 62 Fasiliti Penduduk, kehidupan mewah, pada harga Mampu Milik di lokasi bernilai hartanah harga tinggi.
Antara yang menarik, termasuk:
(JUNE 2025)

Unit Minimalis
- 450kps (13kaki lebar x 34kaki panjang)
- Studio Moden konsep terbuka
- 1 parkir khas
- 62 fasiliti
- TERHAD melalui undangan pemaju
- Ansuran bank serendah Rm10xx/bulan
Rm250,000
Pemohon / Pendaftar akan dihubungi untuk proses saringan melalui telefon.
Pemohon boleh menghubungi kordinator Astrum PR1MA (pemaju) pada nombor tertera diatas untuk proses saringan, temujanji galeri dan pemberian unit.